"Wahai Diri"
Wahai diri yang berdosa,
Sebelum terlena meninggalkan alam,
Taubat dan hitunglah dosa semalam,
Agar terlepas segala soalan,
Bila menghadap penguasa alam.
Wahai diri yang sentiasa alpa,
Ingatlah bahawa suatu masa nanti kau akan pulang,
Pada yang menjadikan engkau daripada tiada kepada ada.
Suatu hari nanti kau akan kembali pada tuhan yang melakukan gerak dan diam pada dirimu.
Suatu saat nanti seluruh jasadmu akan mengambil lapang di tanah!.
Tempat yang tidak pernah kau huni selama hidup engkau di dunia.
Wahai diri yang sentiasa lupa,
Maka janganlah engkau merasa senang dengan kekal di dalam maksiat.
Tinggallah akan maksiat dan himpunkanlah amal baik buat bawa bekalan di akhirat.
Apakah engkau menyangka-nyangka bahawa syarat mati itu adalah tua dan sakit?
Betapa ramai daripada mereka yang lebih muda daripada usiamu telah mendahului kamu!
Betapa ramai daripada mereka yang sihat tubuh badan telah pergi dahulu!
Janganlah engkau tertipu dengan dunia yang sementara ini!
Sesungguhnya aku berwasiat padamu wahai diriku sendiri, adalah kerana aku khuatir, jika segala tipu daya dunia ini telah membutakan mata engkau daripada membezakan kaca dengan permata.
Aku khuatir engkau asyik dengan nikmat dunia sehingga engkau lupa bahawa engkau tidak hidup selamanya.
hidup ini bukanlah sekadar mimpi kerana di sini hanyalah persinggahan yang dituju adalah alam Akhirat yang kekal abadi.
Setiap diri kita terselit rahsia masing-masing...
Renungkanlah akan diri sendiri atas setiap dosa dan kesilapan yang kita lakukan...
Bersediakah kita melalui perjalanan yang tiada kesudahannya...
Alhamdulillah ♥️