Faedah Doa Ibu dan Bapa Untuk Anaknya

Tags

Faedah Doa Ibu dan Bapa Untuk Anaknya


Ibu dan Bapa perlu memahami, setiap anak tanpa mengira di mana dan bagaimana keadaannya,  menganggab ibunya adalah istimewa. Sekurang-kurangnya setiap anak memahami, derhaka kepada orang tua menyebabkan kemurkaan Allah.

Sebaiknya apabila seorang anak membahagiakan orang tuanya, Allah menurunkan rahmat kepadanya. Perasaan itu tertanam dalam diri setiap anak dan ia adalah fitrah semua manusia di dunia ini. Samalah seperti fitrah seorang ibu yang menyayangi anak-anaknya.
Kita dapat melihat perasaan fitrah itu dalam kisah Nabi Yaakob yang disebut dalam Quran iaitu dalam Surah Yusuf, Ayat 97 Hingga 98 Seperti berikut:
“Mereka berkata, ‘Wahai ayah kami, mohonkanlah keampunan untuk kami atas dosa-dosa kami. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berdosa’, Yaakob berkata, ‘Aku memohonkan ampunan untukmu daripada Tuhanku. Sesungguhnya dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang.’ (Surah Yusuf, ayat 97-98)
Anak Nabi Yaakob menderhaka kepadanya, kepada Allah dan juga kepada Yusuf, Saudara tiri mereka. Mereka menipu serigala sedangkan itu bukanlah apa yang sebenarnya berlaku. Jelas, berdusta adalah suatu dosa. Akhirnya mereka menyadari kesalahan mereka dan mengaku di hadapan Nabi Yaakob dan Yusuf. Mereka memohon Nabi Yaakob memaafkan mereka dan memohon keampunan daripada Allah.
Allah menyebut kisah itu di dalam Quran bukan sekedar sebagai suatu kisah berkenaan keluarga Nabi Yaakob. Ia adalah suatu pengajaran karenan hal seperti itu pasti terus berlaku pada manusia. Dalam kisah diatas, Kita melihat bagaimana anak-anak Nabi Yaakob secara fitrah mengharapkan orang tua mereka membantu mereka bagi memperoleh kebaikan dan kebahagian di dunia serta akhirat. Sesungguhnya, begitulah fitrah yang terkandung dalam diri setiap manusia.

Faedah Doa Ibu dan Bapa Untuk Anaknya
Dengan demikian, memohon ibu bapa mendoakan kebaikan untuk kita dalah sesuatu yang bersifat fitrah. Dalam hal ini sebenarnya, sama ada kita meminta ataupun tidak, merasakan perlu ataupun tidak, disedari ataupun tidak, setiap anak mengharapkan sentuhan doa orang tua mereka, terutama ibu yang melahirkankannya ke dunia ini.